Friday, February 14, 2014

KENAPA ADE MONOPOLI?

hai hai hai... kali ni gua nak bangkitkan satu isu yang sangat SENSITIV iaitu isu kenaikan harga barang.. kenapa harga gula boleh naik? kenapa harga astro boleh naik? kenapa harga minyak boleh naik? kenapa harga elektrik boleh naik? kenapa harga itu naik? kenapa harga ini naik? ini adalah persoalannya? setiap tahun kita dengar dari setiap PERDANA MENTERI, MENTERI BESAR, KETUA MENTERI, MENTERI2 kata yang pertumbuhan ekonomi negara meningkat.. negara makin kaya, ekonomi makin hebat tetapi kenapa tetiba harga gula boleh naik?? KENAPA? kenapa harga gula boleh naik 20 sen? mana pergi kekayaan yang dilaungkan oleh politikus2 ini? kemana? ini yang dipanggil monopoli.. kenaikkan harga sesuatu barang yang tidak dapat dikawal oleh kerajaan. lihat, secara halus ASTRO boleh naik dari RM125 kepada RM133 utk langganan super pack? secara tiba2 gula boleh naik 20 sen? kenapa? ini persoalannya. Politikus2 ni tentulah makin kaya, bagaimana pulak hidup masyarakat marhean ni? setiap hari kita lihat politikus ini bebas keluar negara, bebas bercuti, bebas makan mewah, bebas tukar kereta kerajaan negeri, bebas itu bebas ini.. sedangkan rakyat marhean masih tertindas. makan masih bercatu, siang malam kerja hujung bulan gaji, pastu habis... mana pergi kekayaan yg dikatakan oleh politikus2 tu? antara faktor kenapa gula naik harga 20 sen? kenapa? sebab KRONI!! KRONI!! KRONI!! lu orang bayangkan, berapa banyak di MALAYSIA pengeluar gula? takde kan? cuma ade seorang cina bukit tu je yang jaga gula.. oleh itu, kerajaan xde pilihan lain sebab gula tiada persaingan dalam pasaran. oleh itu cina bukit tu sesuka hati naikkan harga gula, ape jadi pd kerajaan? tarik subsidi 20 sen katanya? betol.. cuba pikir kalau kat malaysia ade 3 jenis gula.. gula jenama A, B,C... gula A harga rm1.50, gula B rm1.60, harga gula C rm1.55.. kalau ade kilang gula baru (D), gula jenama D ni akan letak harga berapa? tak mungkin gula jenama D letak lagi mahal.. kalau gula jenama D letak harga rm2, adakah gula jenama D akan ade yang beli? mahal!!! bagaimana pula kalau gula jenama D letak harga rm1.20? sudah tentu wujudnya persaingan dari segi harga. sudah semestinya gula jenama A, B, C akan menurunkan sedikit harga gula mereka utk selari dengan persaingan semasa oleh kerana kos hidup yang tinggi. rakyat tentunya akan pilih harga yg murah.. gua pun nak yg harga murah.. gula tujuannya satu utk maniskan air, masakan dan SENYUMAN.. so, setiap gula sama fungsinya. ape guna beli gula yg mahal..? akan tetapi, di malaysia hanya ade 1 je gula.. dari cina bukit tu.. cina bukit tu kaya dah berbilion2 tetapi kenapa masih nak naikkan harga sesuka hati? sebab kerajaan takde pilihan.. kerajaan terpaksa tunduk dengan KRONI!! terima kasih kerajaan sbb masih sayangkan KRONI!! Sama juga kes nya dengan ASTRO.. kenapa astro suka hati je naikkan harga padahal servis macam cilakak.. siaran masih berulang.. kenapa? sebab segala siaran diAstro telah dihak mutlakkan penyiaran hanya utk Astro.. cuba bayangkan HYPPTV ade siaran HBO, SPORT, CARTOON DLL? dan harga HYPPTV 2 kali ganda dari astro.. ape akan jadi pada astro? adakah astro makin berani nak naikkan harga? fikirkan... so, secara konklusi nya kerajaan perlu hapuskan KRONI2 GILER NI... coretan khas amatur ekonomi di alam maya dai'ri konklusi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...