Wednesday, March 3, 2010

pompuan mmg kuat memilih!!!!



New York: SEBUAH gedung Suami baru sahaja dibuka di kota New York di mana wanita dapat memilih mana-mana suami yang berkenan di hati. Di antara arahan-arahan yang ada di pintu masuk termasuklah yang menunjukkan bagaimana peraturan untuk masuk ke gedung tersebut



“Anda hanya dapat mengunjungi gedung ini SEKALI sahaja.”



Gedung tersebut terdiri dari enam tingkat di mana setiap tingkat akan menunjukkan sekumpulan calon suami. Semakin tinggi tingkat yang di naiki semakin tinggi pula nilai lelaki tersebut. Bagaimanapun, ini adalah perangkap sebenarnya.



Anda boleh memilih lelaki di tingkat tertentu atau mahu memilih di tingkat berikutnya tetapi dengan syarat tidak boleh turun ke tingkat sebelumnya kecuali untuk keluar dari gedung. Lalu, seorang wanita pun pergi ke gedung Suami untuk mencari calon suaminya.

___________________{______________________



Di tingkat satu terdapat tulisan seperti ini:



Tingkat 1: Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan dan taat pada tuhan.



Wanita itu tersenyum, kemudian dia naik ke tingkat selanjutnya.



Tingkat 2: Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan dan menyukai kanak-kanak.



Kembali wanita itu naik ke tingkat selanjutnya.



Tingkat 3: Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, sukakan kanak-kanak dan kacak.



“Wow,” tetapi fikirannya masih penasaran dan terus naik. Lalu sampailah wanita itu di tingkat 4 yang bertulis:



Tingkat 4: Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, sukakan kanak-kanak, kacak dan ringan tulang untuk membantu kerja rumah.



Dalam hati wanita itu berkata “ Ya Tuhan, macam tak percaya. Ada juga lelaki sebaik ini.”



Dan dia tetap meneruskan langkahnya ke tingkat 5:



Tingkat 5: Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, sukakan anak kecil, kacak, ringan tulang dan romantis.



Dia tergoda untuk berhenti tapi kemudian dia memanjat lagi ke tingkat 6 dan terdapat tulisan seperti ini:



Tingkat 6: Anda adalah pengunjung yang ke 4 363 012. tidak ada lelaki di tingkat ini. Tingkat ini semata-mata bukti untuk wanita yang tidak pernah puas hati. Terima kasih kerana berbelanja di gedung Suami. Hati-hati ketika keluar dari gedung dan semoga hari ini hari yang indah buat anda….

~~~~~~~~~~~~~~~~~m'Cry koNkLuSi~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A.K.A gler bayang..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...