Friday, September 23, 2011

BAJU RAYA KU..



haha.. skrg ni aku baru sempat nk tunjuk bju rayaku..maklumlah.. da lama xon9..
baju raya wrna hijau (padal bju raya tahun lepas).. yg penting aku bahagia sbb tahun ni semua adk beradik aku ade =)

m'Cry KoNkLuSi~
a.k.a tahun depan wrna grey lak

PESANANYA PENDORONGKU !

aku tak tahu camner nak print mesej (buta it) so ! aku dengan bangganya menyalin balik pesanan dr mereka2 yang banyak membantu aku.. aku terharu setiap kali aku baca mesej tu =)

leeman Laleey




"aku hormat dgn keputusan kau. janji ko jaga diri. itu jak aku minta dr kau. hrp kita boleh jumpa lagi. dlm masa tu ko jga la diri baik2. kalau ada masalah ko jak aku.." (10 sept 2011 @ 9.48 pm)

Farina



"aku tak marah la.. tp xsampai hati kot tgk ko camni.. kate kwn.. selagi aq bley tlg aq tolong la.. tu la gunanya kawan.. aq xtau dah nk tlg camner..ni je yg mampu.. pape pn ko jaga diri leklok ek.. insyaAllah ade rezeki ko.." ( 15 sept 2011 @ 10.46 pm)

Sures



"kt ne? dh mkn mlm? xpayah risau.. semua akan menjadi yg terbaik..esk blk rmh dulu.. dptkan restu mak ayh dulu..sy cuba cari sesuatu yg terbaik bg u..yg penting sabar.." (15 sept 2011 @ 8.43 pm)


p/s itulah pesanan dr mereka waktu aku dlm kesusahan.. aku tak tahu mcm mana nak aku luah.. aku tertekan.. terlalu berat dugaan yang tuhan bg kat aku.. alhamduliullah, dgn berkat doanya.. aku berjaya harungi hidup aku.. walau aku msh tak stabil..sekurang2nya aku tahu..aku bahagia skrg ni..

m'Cry KoNkLuSi~
a.k.a terima kasih sahabat

PAHITNYA GULA.. !


kalau aku dapat katakan garam itu manis..mesti ramai yang sangkal.. ya ! bg aku tu lah satu kebenaran.. gula tak selalunya manis dan garam tak selalunya masin.. macam juga laut.. tak selalunya pasang..ada kalanya akan surut.. (p/s korang paham aku melalut ape?)

sebenarnya aku mula terasa hidup aku kosong.. aku asyik hampa.. hampa dgn perasaan aku sendiri.. aku tak sangka begitu hebat dugaan yang tuhan bg kat aku sedangkan aku masih lalai mengejar dunia aku.. aku tak perasan dugaan yang aku tempuh kebelakangan ni bnyk mengajar aku utk aku bersyukur atas nikmatnya.. ! tp. itulah manusia.. aku terus hanyut dengan buaian aku.. urmm..

tp alhamdulillah.. ! seteruk mana pun keadaan aku skrg ni, aku bersyukur pd nya sbb bg aku peluang utk menyendiri.. aku dapat selami dan berfikir sedalam2 nya tentang musibah hidup aku.. terang sedikit pintu hatiku disuluh cahaya.. aku terbuka pintu hati utk membaca buku BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH.. ya ! ni lah masanya utk aku mengenali lebih dekat pejuang agamaku itu.. aku berharap aku tidak terlambat untuk mengenali baginda dengan lebih dekat..

insyaAllah~

m'Cry KoNkLuSi~
a.k.a terangnya cahaya

Friday, September 16, 2011

PERJALANAN HITAMKU!

saat ni aku melalui saat2 sukar.. aku masih tercarei2 hidup aku.. guys ! aku mintak maaf sebab lama tak call or mesej korang semua.. bukan aku lupakan korang.. tp aku sedang betulkan hidup aku.. aku tengah serabut.. aku mintak maaf sangat..

sekarang ni hidup aku tak menentu.. jiwa aku kosong.. aku sendiri tak tahu kenapa.. aku tak boleh pikir dengan baik.. aku takk mampu buat keputusan aku.. aku serabuttt.. seyesly, jiwa aku sakit..

AKU MINTA MAAF !

aku harap korang dapat cari kehidupan korang sebaik mungkin.. aku doakan kebahagiaan korang semua.. tu je yg mampu aku lakukan.. semoga korang berbahagia hingga keakhirnya..
suatu hari nanti pasti kita akan berjumpa..

m'Cry KoNkLuSi~
a.k.a dah mati

BARU AKU PAHAM !

kegelapan menghatui kehidupan aku kini.. pelbagai dugaan yang diberikanNYa dalam masa seminggu ni.. aku di uji bahwa kehidupan realiti tak lah semudah seperti makan kuaci.. kehidupan yang bakal aku tempuhi sangat mencabar dengan persekitaran yang memerlukan duit.. ! wang ! RM ! susah nya hidup tanpa kertas yang memberi nilai pd manusia.. bayangkan, hanya sekeping kertas , kita mampu utk teruskan hidup kita.. sukur hebat !

ya A llah, kenapa kau uji aku begitu berat saat ni.. aku sukar buat keputusan.. buat pertama kalinya dalam hidup aku.. aku tak mampu buat keputusan aku sendiri.. aku lari dari dunia realiti aku.. kenape ! aku takut nak hadapi realiti sebenar.. aku takut dengan EGO aku sendiri.. kenapa dengan aku ! =(

aku bersyukur padamu ya Allah, kerana kau bg aku sedikit kesusahan dan aku peroleh sejuta peluang baru.. memeang berat aku tempuhi dugaan tu.. sukar utk aku terima kenyataan.. argghhhhhhh ! seminggu kau biarkan hidupku tanpa haluan... hidupku bagaikan unggas yang bebas terbang kemana2 dan berhenti utk tido danm makan.. tiada tempat utk aku tujui.. terima kasih atas dugaan yang sangat m,encabar hidup aku saat ini..

walaupun terlalu berat utk aku terima dugaan ni, tp aku bersyukur pada mu ya ALlah sebb kau dah tunjjukkan pada aku apa itu ERTI SAHABAT.. aku dah mula rasai makna sahabat bila senang bersama, bile susah pun bersama.. saat aku mengalami tekanan hidup yang tinggi, aku tak sangka LALEEY, FARINA, SURES kekal kat belakang aku.. tak putus2 bg aku semangat utk terus kan perjuangan aku.. sentiasa bg aku nasihat sehingga aku kenal erti perjalanan aku sebenarnya..

aku bersyukur pdmu sebab memberikan aku insan yang sangat baik dan sanggup besusah senang dengan aku.. aku sangat terharu .. aku tak kan lupa jasa korang semua.. aku akan cuba sedaya upaya aku utk membalas setiap jasa korang terhadap aku.. pengorbanan korang pd aku sgt ternilai.. aku tak mampu meluahkan dengan kata2.. cukuplah reaksi aku menunjukkan betapa sayangnya aku kat korang...

aku tak tahu, kenapa aku begitu lemah.. perasaan aku mudah tersentuh... emosi aku selalu menangis mengenang nasib aku saat ini.. tp aku ttp yakin pd diri aku yang aku akan kuat hadapi tekanan hidup ni.. sebb di belakang aku ade insan2 yng memberi aku semangat dan dorongan..

hari ni mungkin aku sedikit beremosi.. segala yang aku tulis datang dr kalbu hati aku.. aku sangat terharu dengan pengorbanan yang korang tunjukkan.. =(

saat ni.. aku sangat penat.. badan aku dah tak cukup kuat.. aku kehilangan banyak masa tidor aku.. aku kehilangan segala hiburan aku..

oleh itu, aku rase sampai masa utk aku undurkan diri.. sampai masa aku pergi.. sampai masa aku tak kan kembali.. aku dah tak sanggup menyusahkan orang sekeliling aku.. aku dah terlalu bnyk menyusahkan orang.. sudah sampai masanya aku berlalu pergi dan mulakan hidup baru yang lebih baik..

satu hari aku akan kembali.. untuk membalas setiap jasa baik semua sahabat2 aku.. sahabat yang selama ni banyak mmbantu aku menjalani hidup di SHAH ALAM.. aku tak kan lupakan korang semua..

m'Cry KoNkLuSi~
a.k.a aku derita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...